AKIF LUTFI BIN NOR HILMAN SMK BAGAN TERAP
Projek ini dijalankan untuk menghasilkan air yang lebih bersih. Masalah yang dikenalpasti adalah kesukaran untuk mendapatkan sumber air yang bersih. Projek ini melibatkan penulenan air menggunakan pisang, atau ‘Purification by Banana’ (Purinana). Faktor yang mempengaruhi penulenan ini telah dikenalpasti, iaitu saiz kulit pisang serta tempoh masa penulenan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kulit pisang bersaiz kecil dapat memberi hasil penulenan yang lebih baik, iaitu air yang keruh bertukar menjadi lebih jernih dengan paling cepat. Penulenan pada tempoh masa 24 jam pula dapat menghasilkan air yang paling jernih. Kesimpulannya, penulenan air menggunakan kulit pisang dapat membantu menghasilkan air yang lebih bersih.