PP365: NUGGET BIT ROOT

NUR ANNISSA BINTI SAHRIN NOBLE SCHOOL CITY CAMPUS

Nugget Bit Root ialah produk makanan yang berasaskan 3 bahan iaitu buat bit, kentang dan biskut. Ia betujuan menarik minat pelanggan yang hanya makan makanan vegetarian. Penggunaan buah bit mengandungi banyak vitamin dan mineral yang penting seperti, Vitamin C, Folat, Serat dan Potassium. Selain itu, kentang mempunyai sumber energi yang kaya dengan karbohidrat yang merupakan sumber utama bagi tubuh badan. Seterusnya biskut kering terutama yang diperbuat dengan gandum memiliki kadar serat yang baik untuk pencernaan. Produk nugget bit root dapat digunakan oleh semua individu tanpa mengira jantina dan usia. Perlaksanaan produk nugget bit root juga dapat digunakan dalam mengekalkan pemakanan yang sihat.