GH325: LENTIL BUTTER

ALIA MAISARA BINTI ABD HAMID KOLEJ VOKASIONAL SEPANG

iSIIDFCT | Greenhorn Innovator

CR: 0.1780 | 21 Likes | 118 Views | 50 times | LS: 74.7
Like it? | Support them now!

Kacang dhal merupakan kacang di dalam kumpulan legum. Ia banyak digunakan dalam masakan India. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk mendedahkan khasiat dan kandungan kacang dhal kepada masyarakat. Disebabkan kacang dhal biasa dikaitkan dengan makanan yang kurang digemari kerana ia sebagai bahan utama bagi masakan India, ramai yang segan atau takut akan membeli mahupun mencuba apa-apa produk berkait dengan kacang dhal. Kajian ini berobjektif untuk menghasilkan produk sapuan roti berasaskan kacang dhal berharga murah tetapi berkualiti. Kacang dhal mempunyai jenis-jenisnya yang tersendiri dan ciri-cirinya dari segi warna,tekstur, rasa dan juga masa masaknya. Kacang dhal juga mempunyai khasiat nutrisi begi mencukupi keperluan gizi seseorang. Terdapat juga produk lepas yang menggunakan bahan yang sama seperti Red Lentil Pasta iaitu sejenis pasta diperbuat dari kacang dhal merah. Seterusnya, kajian ini dijalankan secara bersemuka dengan responden untuk mengedar sampel dan borang soal selidik. Kaedah yang digunakan dipanggil sebagai kuantitatif. Idea ini dicetuskan daripada peanut butter asli yang harganya sangat tinggi, tetapi ia juga sangat bernutrisi. Terdapat juga pelbagai penambahbaikan yang dilaksanakan seperti penukaran bahanya dan juga tektiknya bagi mendapatkan produk akhir yang diingini. Instrumen yang digunakan adalah borang soal selidik yang mengandungi 4bahagian, iaitu bahagian A, B, C dan D. Soal selidik berikut mengandungi soalan berkenaan demografi, tahap pengetahuan, tahap penerimaan dan cadangan responden. Hasil dapatan kajian menunjukkan responden berpuas hati dan setuju dengan produk ini. Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini juga responden juga bersetuju dengan produk yang dihasilkan dan didapati berjaya dengan mencapai kesemua objektif berdasarkan data-data yang telah dianalisiskan