GH330: 3D MODELLING NOZLES SHAPE

SITI NOR DANISHA BINTI BADRUDDIN KOLEJ VOKASIONAL KUALA BERANG

iSIIDFCT | Greenhorn Innovator

CR: 0.0619 | 6 Likes | 97 Views | 63 times | LS: 69.4
Like it? | Support them now!

3D Modelling Nozzle Shapes diinspirasikan daripada kelas amali cake decoration iaitu salah satu modul di Kolej Vokasional. 3D bermaksud kepada benda yang wujud dalam ruangan sebenar atau nyata. ia mempunyai jisim, isipadu dan dapat dirasa serta disentuh. Projek ini dihasilkan daripada silicon yang lembut dan akan dibentuk daripada jenis-jenis nozzle dan dikeringkan supaya keras dengan bentuk yang dihasilkan. Bahan ini dihasilkan bagi membantu proses PdPc sebagai alat bantu mengajar (ABM). Objektifnya adalah menghasilkan bahan bantu mengajar PdPc 3D yang boleh digunakan semasa kelas teori dan diaplikasi pada kelas amali. Disamping itu, sebagai kegunaan untuk Modul HBP 2033, DHB 1054 dan DHB 4044 di Kolej Vokasional KPM. Merupakan salah satu inovasi yang boleh digunakan sepanjang masa tanpa ada tarikh luput. Selain itu, sebagai bahan PdPc yang boleh dipasarkan kepada semua institusi kemahiran. Oleh itu, penghasilan produk ini dapat membantu pelajar di dalam kelas dan seterusnya boleh diaplikasi semasa kelas amali. Produk ini amat bermanfaat kepada pensyarah dan juga pelajar khasnya. Projek ini mempunyai potensi besar kerana hasil kajian awal mendapati dapat menyelesaikan masalah semasa kelas teori berlangsung selain penggunaan gambar dan video. Semoga projek ini dapat memberi manfaat dan membantu pensyarah semasa kelas berjalan bagi mendidik anak pelajar dapat berfikir diluar kotak.