GH270: BatikRevive Bag : Batik Tradisi, Bumi Lestari

Nor Fatin Hanani Binti Che Ghazali Kolej Vokasional ERT Setapak

iSIIDFCT | Greenhorn Innovator

CR: 0.1095 | 15 Likes | 137 Views | 64 times | LS: 80.6
Like it? | Support them now!

BatikRevive Bag merupakan sebuah inovasi dalam rekaan aksesori berupa beg tangan yang memartabat seni warisan batik dan sebuah produk inovasi yang menyumbang kepada kehidupan lestari melalui penggunaan sumber yang bertanggungjawab, pengurang sisa, menyokong ekonomi tempatan dan untuk mendidik serta memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap kepentingan mengamalkan gaya hidup yang lestari. Beg tangan BatikRevive dihasilkan daripada batik hiasan dinding yang lama dan tidak lagi digunakan serta beg tangan lama yang telah rosak. Tujuan pemilihan fabrik batik adalah untuk memartabatkan seni warisan batik sebagai pilihan masa kini dan memberi pendedahan kepada masyarakat bahawa seni warisan batik bukan hanya tertumpu kepada rekaan pakaian sahaja tetapi juga boleh dipelbagaikan dalam rekaan aksesori fesyen masa kini. Fabrik batik yang digunakan adalah daripada fabrik gentian asli iaitu fabrik kapas yang sangat dikenali sebagai fabrik yang mesra alam dan ini sangat bertepatan dengan konsep fesyen lestari yang ingin diketengahkan pada produk inovasi ini. Penggunaan semula beg lama yang telah rosak adalah untuk mengurangkan sisa di tapak pelupusan yang melibatkan aksesori dan fabrik dengan cara memperbaharui semula beg supaya tampak baharu melalui konsep Reuse, Recycle dan Refashion. Potensi pasaran produk inovasi yang dihasilkan ini adalah untuk individu yang meminati produk yang tinggi nilai estetik seperti seni batik, penggemar produk fesyen lestari, penggiat industri batik dan industri fesyen lestari di Malaysia serta kepada pelajar-pelajar dalam bidang seni reka fesyen.