MOHD AKMAL BIN JAAFAR KOLEJ VOKASIONAL PAGOH
Ulam raja (cosmos caudatus) adalah ulam-ulaman yang digunakan secara meluas di Asia Tenggara. Ulam raja dimakan segar tanpa perlu dimasak menyebabkan ia sering menjadi pilihan masayarakat untuk dinikmati bersama lauk pauk ketika makan tengah hari ataupun malam. Namun begitu, bagi produk coklat ini, ia ditambah bagi meningkatkan nilai novelti coklat itu sendiri. Kebanyakkan daripada coklat yang wujud dipasaran sering diberi nilai tambah rasa yang berasaskan buah-buahan dan juga kekacang. Tetapi dalam produk ini, ulam raja telah dipilih sebagai bahan tambahan bagi mempelbagaikan lagi perisa coklat yang ada di pasaran. Oleh kerana persaingan dalam pasaran serta permintaan untuk produk yang sihat semakin meningkat, percubaan ini sedang dibuat bagi meningkatkan nilai tambah coklat berasaskan ulam raja ini.