KHAIRUL ASYRAF HAFIZH BIN KHAIRULAZRI Sekolah Kebangsaan Changkat Tin
Projek GIC ini adalah salah satu inovasi dalam bidang pertanian. GIC adalah singkatan Growing In Class yang bermaksud tumbuh di dalam kelas. Projek ini berfungsi sebagai tapak semaian biji benih sayur-sayuran sebelum diubah ke pot tanaman. Ianya sangat mudah dikendalikan oleh murid-murid dan boleh dibawa ke mana-mana dengan mudah. Dengan meletakkan projek ini di dalam kelas, ianya dapat menyemai sikap bertanggungjawab dalam diri murid-murid. Kelas juga akan bertambah cantik dan menarik. Projek ini dapat membantu mengurangkan masa untuk menunggu hasil sayuran membesar kerana sayuran tersebut telah membesar di dalam kelas selama 10 hari sebelum dipindahkan ke pot tanaman.