YG386: BIO NUTRIENT REPELLENT (BNR)

MUHAMMAD JEBAT MICHAEL BIN MOHD DRIS KOLEJ VOKASIONAL PERTANIAN CHENOR

iSIIDFCT | Young Innovator

CR: 0.0233 | 1 Likes | 43 Views | 59 times | LS: 60.0
Like it? | Support them now!

Penggunaan baja dan racun kimia yang tidak terkawal untuk meningkatkan hasil tanaman serta mengawal perosak tanaman telah dibangkitkan dalam sektor pertanian. Penggunaan bahan kimia yang berlebihan ini menyebabkan masalah alam sekitar yang serius. Maka, objektif kajian ini dilakukan untuk menghasilkan produk organik 2 dalam 1 yang mana mampu bertindak sebagai baja foliar serta mampu bertindak sebagai pengawal penyakit dan perosak tanaman. Justeru, Bio Nutrient Repellent (BNR) dihasilkan menggunakan sisa buangan domestic, bahan tanaman semulajadi yang murah dan mudah didapati. BNR merupakan produk hasil fermentasi bahan tanaman dan haiwan seperti sisa ikan, daun neem, pisang, cili dan bawang putih. Hasil campuran diperam Bersama molases bagi meningkatkan aktiviti mikrob (EM). Parameter yang diukur dalam kajian ini ialah tinggi pokok, bilangan daun dan berat hasil taanaman. Keputusan kajian mendapati Bio Nutrient Repellent menunjukkan kesan yang signifikan terhadap pertumbuhan dan hasil tanaman dan memyamai keputusan menggunakan baja kimia (AB). Justeru produk Bio Nutrient Repellent ini mampu memberi kesan positif terhadap pertumbuhan pokok dan boleh digunakan sebagai produk alternatif menggantikan baja dan racun kimia yang digunakan.