NOR ARISYA BINTI SU EMYZAM SMK AYER LANAS
Belimbi Cheese Tart adalah inovasi kulinari yang menggabungkan rasa keju krim dengan keunikan belimbing buluh. Tart ini menampilkan 'crust' rangup dan isian keju lembut yang diimbangi dengan rasa asam manis belimbing buluh. Keistimewaan ini bukan sahaja menawarkan variasi dalam dunia pencuci mulut, tetapi juga menyediakan manfaat kesihatan dengan kandungan vitamin C. Sesuai untuk dinikmati pada majlis istimewa atau sebagai pencuci mulut harian, Belimbi Cheese Tart memberikan pengalaman rasa yang memikat dan menyegarkan.