YG443: SALT SPOON

KISHHALL A/L P NATHAN SMK DATO' JAAFAR

iSIIDFCT | Young Innovator

CR: 0.1852 | 5 Likes | 27 Views | 67 times | LS: 72.9
Like it? | Support them now!

Bagi Malaysia, kementerian menetapkan sasaran pengurangan pengambilan garam daripada 8.7gram kepada enam gram menjelang 2025. Oleh itu, kami membuat keputusan untuk membina sebuah projek inovasi yang diberi nama 'Salt Spoon' bagi mengatasi masalah tersebut. Inovasi ini dapat membantu masyarakat dari segi pengambilan dan mengurangkan kandungan garam dalam makanan seharian. Kami telah bersetuju untuk menggunakan konsep elektrolisis dan elektrik bagi merealisasikan projek inovasi kami. Konsep elektrolisis terdiri daripada cas-cas positif dan negatif yang akan menyebabkan kemasinan semasa menggunakan Salt Spoon yang telah kami cipta. ‘Salt Spoon’ telah dieksperimentasikan terhadap pelajar kelas 3 Sinus. Hasil daripada percubaan tersebut, didapati objektif penghasilan projek ini tercapai apabila 70% pelajar 3 Sinus akan merasakan kemasinan menggunakan inovasi kami. Hal ini membuktikan keberkesanan “Salt Spoon”. Kata kunci: Garam, Salt Spoon, Konsep elektrolisis