GH479: GIANT CENDOL DURIAN SOFT COOKIES

NORAZILA BINTI MOHD NOR KOLEJ VOKASIONAL KUALA KANGSAR

Kajian ini dijalankan adalah untuk menginovasikan Giant cendol durian soft cookies.Tercetusnya idea inovatif kami ini adalah daripada cendol durian itu sendiri dan juga trend soft cookies yang terlalu banyak di media sosial dan terlalu laris di pasaran.Soft cookies mempunyai tekstur yang ranggup diluar chewy didalam tekstur berbeza dengan cookies yang biasanya lebih rangup.Soft cookies selalunya mempunyai kandungan gula dan lemak yang lebih tinggi, menjadikannya lebih lembut dan kenyal.Soft cookie selalunya dibuat daripada bahan-bahan seperti tepung gandum, gula, mentega, telur, soda penaik, vanila, dan bahan tambahan seperti cip coklat, kacang, atau buah-buahan kering untuk menyediakan pelbagai rasa.Manakala cendol pula adalah combinasi daripada santan,air gula melaka ,ais hancur dan cendol itu sendiri.Cendol boleh diberikan keperbagaian variasi seperti cendol pulut,cendol kacang dan yang pastinya cendol durian.Berdasakan variasi cendol durian maka terhasilah idea kami untuk menginovasi kan soft cookie cendol durian.Produk cookies yang diberikan nama "giant cendol durian soft cookies" ini sangat mudah dihasilkan dan tidak menggunakan kos yang tinggi dalam proses penghasilan cookies giant ini.Ianya juga belum pernah dihasilkan oleh mana- mana pihak lagi sebelum ini.Kami mengharapkan produk inovasi kami ini akan digemari ramai tanpa mengira usia dan latar belakang.