YG415: NUTRI GREEN FIESTA BURGER

KAVISHA A/P JIVANATHAN SMK ST BERNADETTE'S CONVENT

iSIIDFCT | Young Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 22 Views | 71 times | LS: 71.0
Like it? | Support them now!

Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah pengambilan sayur-sayuran yang kurang dalam kalangan pelajar di sekolah SMK ST. BERNADETTE’S CONVENT. Berdasarkan hasil analisis yang dijalankan melalui Google Forms, didapati bahawa majoriti pelajar tidak mengambil sayur-sayuran dalam pemakanan harian mereka. Untuk menangani isu ini, kami telah merancang dan melaksanakan satu kajian penyediaan patty burger yang berintikan sayur-sayuran sebagai usaha untuk meningkatkan pengambilan sayur-sayuran dalam kalangan pelajar. Inovasi patty burger sayur ini telah diperkenalkan dan diberikan kepada pelajar untuk dicuba. Hasil kajian menunjukkan bahawa penyediaan makanan tersebut berjaya untuk menarik minat pelajar untuk mencuba dan memakan sayur. Kajian ini membuktikan bahawa penyediaan makanan secara kreatif dan inovatif ini dapat membantu meningkatkan pengambilan sayur-sayuran dalam kalangan pelajar sekaligus menyumbang kepada gaya hidup yang lebih sihat.