JG349: ENZYME ECORICE

QASEH INSYIRAH BINTI MOHAMMAD EFENDI SK RAPAT SETIA

iSIIDFCT | Junior Innovator

CR: 0.0385 | 1 Likes | 26 Views | 84 times | LS: 85.0
Like it? | Support them now!

Kajian ini bertujuan untuk menghasilkan enzim organik daripada jerami padi melalui proses fermentasi. Hipotesis kajian ini ialah enzim yang dihasilkan akan meningkatkan kesuburan tanah dan mengurangkan keperluan baja kimia. Metodologi yang digunakan melibatkan fermentasi jerami padi dengan gula perang dan air selama 3 bulan. Proses ini dijalankan dalam persekitaran terkawal untuk memastikan kualiti dan keberkesanan enzim yang dihasilkan. Kajian ini juga melibatkan sampel murid seramai 3 orang murid yang bertindak sebagai pembantu penyelidik untuk mengumpul data dan menjalankan eksperimen. Parameter pertumbuhan seperti tinggi tanaman, bilangan daun, berat kering, dan hasil tanaman diukur sebelum dan selepas menggunakan penyembur enzim organik. Hasil kajian menunjukkan peningkatan tinggi tanaman sebanyak 31.6% (daripada 15 cm kepada 25 cm), bilangan daun meningkat sebanyak 160% (daripada 5 daun kepada 13 daun), berat kering meningkat sebanyak 160% (daripada 10 g kepada 26 g), dan hasil tanaman meningkat sebanyak 50% (daripada 40 g kepada 60 g) dalam kumpulan ujian berbanding dengan kumpulan kawalan.Hasil kajian menunjukkan bahawa enzim yang dihasilkan adalah serbaguna, kos efektif, dan mesra alam. Penggunaan enzim ini juga mengurangkan keperluan baja kimia, seterusnya mengurangkan kos pertanian dan impak negatif terhadap alam sekitar. Kajian ini menyokong Matlamat Pembangunan Lestari SDG 12 iaitu Pengeluaran dan Penggunaan yang Bertanggungjawab. Projek ini mempromosikan penggunaan sisa pertanian seperti jerami padi, menggalakkan kitar semula dan pengurangan sisa, serta penggunaan produk yang lebih lestari