JUSTINE ERVINNSON KELI ANAK JAMESON KOLEJ VOKASIONAL KUCHING
Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 mendedahkan seramai sejuta atau bersamaan 4.6 peratus penduduk Malaysia berusia lebih 15 tahun mengalami isu kemurungan. Menerusi hasil tinjauan dilakukan, jumlah itu menunjukkan peningkatan dua kali ganda berbanding tahun 2019 dengan golongan berusia 16 hingga 29 tahun paling ramai mengalaminya. Masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak pula menyaksikan peningkatan daripada 7.9 peratus pada 2019 kepada 16.5 peratus pada 2023. “Calming Tea” mengandungi antioksidan serta vitamin yang baik untuk kesihatan. Menggunakan dan memanfaatkan herba seperti misai kucing, daun pudina dan daun pandan dalam pembuatan teh. Teh ini juga dapat menenangkan individu serta mengurangkan stress yang dialami. Teh ini juga dapat meningkatkan perkumuhan air kencing, menurunkan asid urik, melindungi buah pinggang dan mengurangkan tekanan oksidatif.