JG352: Teh Uncang Kulit Durian (TUKuD)

IMTIAAZ AYYDIN BIN MOHD ARIFFIN SEKOLAH RENDAH ARAB JAIM AL FAIZIN

iSIIDFCT | Junior Innovator

CR: 0.0278 | 1 Likes | 36 Views | 79 times | LS: 80.0
Like it? | Support them now!

Durian merupakan antara makanan kegemaran rakyat Malaysia yang penggemarnya terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum. Isi durian yang manis dan pahit merupakan ciri utama pada makanan seperti durian. Namun apabila musim durian, terdapat banyak lambakan kulit durian yang tidak dimanfaatkan sebaiknya sebagaimana buah buahan lain seperti buah kelapa yang dimanfaatkan sepenuhnya. Melalui permasalahan ini, kami menjana idea melalui bahagian dalam kulit durian yang berwarna putih ataupun pangsa durian dalam menghasilkan Teh Uncang Kulit Durian ataupun akronimnya TUKuD. Teh uncang ini telah diinovasikan bersama bahagian dalam kulit durian ataupun pangsa yang berwarna putih yang dipercayai mempunyai banyak khasiat. Kajian saintifik yang diterbitkan dalam Procedia Food Science pada tahun 2015 menunjukkan kulit durian bersifat antidiabetes. Pengambilan air pangsa durian juga dikatakan boleh mengurangkan rasa panas badan dan boleh mengelakkan perut rasa tidak selesa selepas memakan durian. Bertitik tolak dari permasalahan lambakan kulit durian ini, maka TUKuD dihasilkan dimana bahagian dalam kulit durian yang berwarna putih ataupun pangsa durian diracik2 halus dan dicampurkan sekali bersama dengan serbuh teh dan dibungkus bersama dalam sebuah uncang kecil membentuk inovasi TUKuD.