YG255: ZEA 3CARE

KHALIS KHAIZURAN BIN IRWAN SMK KUALA NERANG

iSIIDFCT | Young Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 4 Views | 42 times | LS: 42.0
Like it? | Support them now!

Zea 3Care merupakan Produk penjagaan diri iaitu sabun aromaterapi organik yang berasaskan daun jagung dan bunga Kantan yang mempunyai banyak manfaat untukpenjagaan kulit .Kenapa kami namakan sabun Aromaterapi organik ini Zea3Care ?.Zea merupakan nama saintifik bagi Jagung iaitu Zea Mays. Manakala, 3Caremenfokuskan penggunaan sisa kulit jagung dapat membantu menjagadanmemulihara alam sekitar , mempelbagaikan penggunaan dan manfaat tumbuhanyangsering digunakan dalam masakan iaitu Bunga Kantan dan sabun aromaterapi organik ini membantu menjaga kesihatan kulit Kami melihat rakan-rakan seringkali memberitahu tentang masalah kulit , kering dan kurang bermaya kerana penglibatan aktif dalam aktiviti sukan dan ko-akademikdi sekolah.Maka, mereka mudah menghadapi tekanan emosi dan fizikal kerana letih dan sibuk dalam kehidupan seharian.Kami juga Melihat banyak sisa buangan kulit jagung oleh peniaga pasar malam.Untuk membantu menyelesaikan masalah-masalahtersebut kami telah menjana idea untuk mereka cipta produk inovasi penjagaan kulit yangberasaskan kulit jagung dan bunga kantan untuk membantu pelajar-pelajar yangmenghadapi masalah kulit, mengurangkan tekanan emosi dan fizikal dengansabunaromaterapi organik. Penghasilan sabun ini adalah dea asli dan inovasi baharu dalampenghasilanproduk penjagaan kulit iaitu sabun aromaterapi organik yang berasaskankulit jagung dan bunga kantan. Zea 3Care mempunyai banyak kelebihandanbergunaan untuk kesihatan kulit untuk mencerahkan kulit kerana kulit jagungmemiliki vitamin C yang dapat mencerahkan wajah , menghindari jerawat danbersifat anti mikrob.Ia juga baik untuk kesihatan kulit ,menghilangkan bau badan ,menenangkan dan melegakan tubuh dan minda serta mengurangkan tekanan dengan haruman aromaterapi.