YG442: KERABU DAUN MALBERI

NURUL NABIHAH BINTI JAISYA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN YUSSUF

iSIIDFCT | Young Innovator

CR: 0.0667 | 1 Likes | 15 Views | 45 times | LS: 46.1
Like it? | Support them now!

Pokok Malberi yang nama botaninya ialah Morus Rubra merupakan tanaman khas makanan ulat sutera. Menurut ahli kimia, daun malberi mengandungi beberapa ekstrak kimia untuk tubuh. Antaranya ialah daun malberi adalah ideal untuk membantu mengatasi atau mengurangkan penyakit kencing manis. Ianya juga mampu mengawal kolestrol dalam pembuluh darah dan mengurangkan tekanan darah tinggi. Selain itu, ianya juga dikatakan dapat membantu mengelakkan serangan sakit jantung dan kehilangan berat badan. Tidak hairanlah penggemar ulam menjadikan pucuk daun malberi sebagai ulam. Kerabu daun malberi adalah inovasi yang dihasilkan bertujuan untuk mempelbagaikan lagi penggunaan daun malberi selain dari di buat goreng dan di rebus begitu sahaja. Rasanya pasti menarik minat penggemar kerabu lain seperti kerabu mangga dan kerabu pucuk paku.