MUHAMMAD RAYYAN ADLEY BIN ROSLEY SEKOLAH KEBANGSAAN SRI TANGKAK
Projek inovasi ini diberi nama Tempe Biji Cempedak. Inovasi ini menggunakan tema SDG 12 : “Responsible Consumption and Production” . Inovasi ini dihasilkan dalam usaha menangani isu pelupusan sisa makanan (biji cempedak), yang kerapkali menjadi isu yang menyumbang peningkatan karbon yang mengancam alam sekitar. Selain itu, tempe yang dihasilkan daripada kacang soya masakini, yang menjadi makanan tradisi khasnya bagi masyarakat jawa, mengandungi ‘genistein’ didapati penyumbang kepada bertambahnya kes kanser dan pelbagai masalah kronik lain yang melibatkan kesihatan berdasarkan beberapa jurnal penyelidikan. Oleh itu, penghasilan tempe biji cempedak merupakan alternatif dalam penghasilan tempe, dalam menggunakan bahan yang baharu, terbukti lebih enak, sedap dan bernutrisi tinggi. Berdasarkan ujikaji yang diperoleh menunjukkan biji cempedak (integer Artocarpus sp.) mempunyai tahap terpenoid atau isoprenoid yang tinggi yang diketahui mempunyai kesan antiradang, antimikrob dan antikanser. Ia merupakan suatu penemuan yang baru dalam dunia penyelidikan.