NUR FAIQAH DAYANA BINTI MOHD ZAIHUDIN SMK
Idea penghasilan ampaian ini tercetus apabila ibu-ibu mengeringkan pakaian dalam ahli keluarga di dalam rumah walaupun cuaca baik atas faktor ‘privacy’. Bahan yang digunakan untuk membina ampaian ini ialah ampaian baju bulat, paip PVC/ besi dan ‘blower’ mini. Inovasi utama ampaian dua tingkat ini adalah menggunakan ‘blower’ udara suam yang diletakkan pada bahagian bawah ampaian. Udara ini boleh dikawal pegerakkannya pada setiap tingkat dengan cara menutup atau membuka lubang udara pada tiang ampaian. Dua cabang tambahan ditambah untuk mengeringkan kasut yang lembap. Produk ini berpotensi untuk dipasarkan kerana penggunaannya sangat mudah dan pada kos yang minima sahaja.