GH407: POMELO SWEET SOUR SAUCE

QISTINA BINTI KHALIB KOLEJ VOKASIONAL SEPANG

iSIIDFCT | Greenhorn Innovator

CR: 0.3313 | 108 Likes | 326 Views | 72 times | LS: 215.8
Like it? | Support them now!

Berdasarkan pemerhatian pengkaji, buah limau bali merupakan salah satu buah sitrus yang mempunyai rasa pahit didalamnya. Hal ini telah menjadikan permintaan pengeluaran buah limau bali berkurangan kerana terdapat segelintir orang kurang menerima makanan yang mempunyai rasa yang pahit. Dengan itu, tujuan produk ini dihasilkan adalah supaya dapat mengubah persepsi seseorang itu untuk meminati buah limau bali ini atau meminati makanan yang mempunyai rasa pahit. Seramai 52 orang responden dipilih daripada kelas 1 dan 2 Diploma Seni Kulinari di Kolej Vokasional Sepang. Instrumen yang telah digunakan adalah borang soal selidik yang mengandungi empat bahagian iaitu bahagian A, B, C dan D. Dalam borang soal selidik itu juga pengkaji menggunakan lima skala likert iaitu sangat tidak setuju, tidak setuju, kurang setuju, setuju dan sangat setuju. Aspek-aspek yang dikaji adalah dari segi rasa, tekstur, warna dan bau produk yang dihasilkan. Borang soal selidik diedarkan kepada responden bagi menilai item-item dan bagi mendapatkan data berkenaan produk tersebut. Setelah itu, pengkaji juga membuat pengujian, pemerhatian dan analisis dengan lebih terperinci dari segi penyediaan produk dan kaedah penyediaan bagi keseluruhan reka cipta produk ini. Daripada hasil kajian, responden telah memberikan maklum balas yang positif. Secara keseluruhannya, produk Pomelo Sweet Sour Sauce ini telah mencapai objektif penghasilan produk dan telah menjawab semua persoalan berdasarkan daripada data-data yang telah dianalisis.