NURIN IMAN BINTI SANI KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI PETANI 2
Crystal candy atau lebih dikenali dengan nama agar-agar kering merupakan produk konfeksionari tradisional yang telah wujud sejak zaman dahulu lagi. Ianya sering dihidang semasa menyambut perayaan seperti hari raya ataupun dihadiahkan kepada tetamu bagi majlis-majlis tertantu. Produk yang dihasilkan adalah Pineapple Skin Crystal Candy yang mana mengetengahkan kulit nanas sebagai bahan utama. Walaupun hanya bahagian kulit nanas yang digunakan, akan tetapi, rasa produk ini tidak kurang sedikit pon dari aspek aroma dan rasa nanasnya. Kaedah penyediaan yang telah melalui beberapa siri percubaan berjaya menghasilkan produk yang berkualiti dan masih dapat membekalkan khasiat walaupun bahan utamanya adalah bahan sisa makanan.