NUR ATHIRAH HUSNA BINTI JAMALUDIN NOBLE SCHOOL CITY CAMPUS
Lawoz Liquid Soap Orange dibuat menggunakan buah oren yang dijadikan extract dalam sabun. Khasiat oren yang kaya dengan vitamin C ini dapat membantu mengurangkan masalah jerawat, melambatkan proses kedutan kulit dan membantu melembapkan kulit. Selain itu, ia juga melawan penuaan kulit, memberi kelembapan pada kulit, mengecilkan pori-pori dan melindungi kulit dari sinar matahari. Lawoz Liquid Soap Orange boleh digunakan pada badan dan muka. Ia juga boleh dijadikan sebagai scrub kerana mengandungi serbuk beras pulut yang dapat membantu menanggalkan sel kulit mati dan menghaluskan kulit. Bahan tambahan yang digunakan ialah aloe vara yang membantu melembapkan kulit dan vitamin E digunakan untuk mengurangkan keradangan pada kulit. Tujuan inovasi ini dihasilkan adalah sebagai pencuci dan skrub pada badan dan muka. Produk Lawoz Liquid Soap Orange ini boleh digunakan pada semua jenis kulit muka dan dapat memberi keharuman pada badan. Oleh hal demikian, ujian sensori yang telah dijalankan menunjukkan kesan positif darpada pengguna.