YG136: OUTDOOR WIRELESS CRANE 3.0

MOHAMAD HIRFAN BASTISYAH BIN MOHD HALMI SMK TAMAN DESA JAYA

iSIIDFCT | Young Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 45 Views | 64 times | LS: 64.0
Like it? | Support them now!

Keperluan terhadap penggunaan penyaman udara pada masa kini sangat meluas. Ini kerana tahap pemanasan global semakin meningkat dari tahun ke tahun . Semua industri melibatkan penyaman udara sama ada domestik atau industri semakin rancak atas sebab pemanasan global. Peningkatan ini menyebabkan banyak usaha dalam inovasi telah dilakukan untuk membantu pemasangan penyaman udara. Dalam usaha ini, lahirlah idea “Outdoor Wireless Crane (OWC) ” yang berfungsi untuk membantu juruteknik melaksanakan pemasangan penyaman udara domestic & industri. Objektif OWC ini adalah untuk memastikan juruteknik servis penyaman udara kurang risiko terjatuh dan terhempap outdoor penyaman udara . Seterusnya, ia juga membantu juruteknik untuk meletakkan outdoor di tempat yang tinggi dengan selamat. Pemilihan bahan yang digunakan adalah sangat bertepatan iaitu “Chain Block” sebagai mesin utama sama ada boleh didapati secara baharu atau bahan gunapakai kerana alat ini akan diubahsuai sepenuhnya. Diantara kriteria penting bagi alat ini adalah menggunakan tenaga elektrik yang rendah untuk mengangkat barang yang sangat berat tidak melebihi 300 kilogram. Rata-rata berat unit luar penyaman udara domestik adalah dalam lingkungan 20 kilogram hingga 100 koligram, menjadikan OWC ini sangat selamat digunakan oleh para juruteknik penyaman udara. Kebiasaan alat untuk mengangkat outdoor masakini adalah memakan ruang yang besar untuk berkendali tetapi tidak untuk OWC. Dengan menggunakan aplikasi (APPS) dalam telefon bimbit menggunakan aplikasi MIT AI serta ARDUINO AI dan dipacu dengan alat microelektronik NODEMCU ESP 2466, alat ini mudah digunakan dan ia berkendali dengan menngunakan medium WIFI. Jarak untuk alat ini berkendali juga adalah cukup untuk memenuhi keperluan juruteknik iaitu kira-kira sehingga 50 meter jarak. Dengan kehadiran alat ini, pertamanya, keselamatan juruteknik pemasangan kurang berisiko dan seterusnya membantu pemasangan dengan lebih cepat dan efisyen.