NG SHI YEE SMK TAMAN DESA JAYA
Automatik EM SYSTEM CARE ialah produk inovasi yang digunakan untuk tujuan penjagaan alam sekitar di semua tempat terutamanya rumah, kedai makanan atau tempat kerja. Ia dicipta untuk menceraikan sisa makanan supaya dapat menjadi baja yang bermanfaat untuk tumbuh-tumbuhan dan dapat mengurangkan pembaziran makanan serta mengurangkan pengeluaran sampah. Produk ini berfungsi dengan cara jika ada sesuatu objek berdekatan di bahagian depan tong, sensor akan dikesan lalu menyemburkan EM di dalam tong. Suhu paling baik untuk EM ialah antara 25 darjah celcius hingga 30 darjah celcius kerana EM akan paling reaktif pada suhu tersebut dan sisa makanan juga boleh diceraikan dengan baik . Kehadiran AuEm bin ini, dapat mengurangkan penghasilan sisa makanan di rumah atau di mana-mana tempat yang memerlukan tong sampah. Jika dilihat dari pandangan yang lebih besar, tindakan ini akan membantu bumi kita lebih baik tanpa pencemaran sampah. Oleh itu , AuEm bin tersebut memainkan satu peranan yang sangat penting untuk menjaga alam sekitar bumi kita.