GH376: COKLAT TEPUNG TALAM PANDAN

ISMA NUR NISRINA BINTI ISMA SHAMSURI KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI PETANI 2

iSIIDFCT | Greenhorn Innovator

CR: 0.0588 | 2 Likes | 34 Views | 91 times | LS: 93.1
Like it? | Support them now!

Produk coklat dan kuih tepung talam pandan dijadikan pilihan untuk inovasi bagi menggabungkan cita rasa moden dan tradisional. Selain itu, untuk mengetengahkan variasi baharu iaitu rasa kuih tempatan dalam pasaran coklat. Kuih tepung talam pandan adalah sejenis kuih tradisional yang diperbuat daripada bahan utama seperti tepung beras, santan dan pandan. Kuih tepung talam pandan biasanya mempunyai dua lapisan iaitu lapisan bawah yang bewarna hijau dan lapisan atas berwarna putih yang diperbuat daripada santan. Kuih ini terkenal dengan rasa manis, lemak, serta aroma wangi daun pandan yang menyegarkan. Namun, kuih tepung talam pandan kini kurang dikenali dalam kalangan generasi muda seiring dengan peredaran zaman yang memperkenalkan pelbagai sajian lain yang lebih menarik minat dan perhatian mereka. Kuih ini diinisiatifkan menjadi sebahagian daripada produk coklat untuk mengembalikan minat terhadap kuih tempatan sekaligus menghasilkan produk dengan nilai keseimbangan bagi perspektif antara dua generasi. Mengikut kajian, majoriti golongan generasi muda sangat menggemari produk coklat di atas faktor rasanya yang unik dan manis. Produk coklat mempunyai pelbagai variasi tergantung pada proses serta cara penghasilannya dan tambahan bahan-bahan yang digunakan. Terdapat 3 jenis variasi coklat yang umum iaitu, coklat pahit (Dark Chocolate), coklat susu (Milk Chocolate) dan coklat putih (White Chocolate). Dengan reka bentuk yang dihasilkan seakan-akan kuih tepung talam, Coklat Tepung Talam Pandan ini membawa imej kepada pasaran dalam mengetengahkan gabungan produk tradisional dan moden. Selain itu, Coklat Tepung Talam ini mempunyai rasa yang unik iaitu rasa manis dari penggunaan coklat serta rasa lemak dari inti tepung talam yang menjadikan keseluruhan rasanya sangat seimbang dan kompeten bagi standard sebuah produk coklat. Kesimpulannya, Coklat Tepung Talam Pandan tidak hanya memenuhi kehendak pasaran bagi penghasilan rasa baharu dalam variasi coklat tetapi menjadikannya pil