PP355: PEMBERSIHAN LONGKANG SECARA AUTOMATIK

MUHAMMAD IRFAN ZAEM BIN RAHAMSAN NOBLE SCHOOL CITY CAMPUS

Pada era globalisasi ini, masyarakat Malaysia sering di war-warkan dengan masalah banjir kilat ini akibat daripada hujan yang berpanjangan. Oleh itu, sebuah mesin pembersihan longkang secara automatik akan dihasilkan dan ianya bertujuan bagi mengatasi masalah pengumpulan sampah sarap yang sukar untuk melancarkan pergerakan air dan hal yang demikian akan menyebabkan berlakunya banjir kilat. Selain itu, projek ini dapat mengurangkan beban banyak pihak serta para pengguna yang lain. Di samping itu, mesin ini mempunyai beberapa kelebihan iaitu dapat membersihkan longkang secara automatik apabila terdapat sampah sarap dan ia juga terhindar dari sebarang jenis penyakit seperti demam denggi akibat daripada pembiakan nyamuk aedes. Projek ini juga mempunyai kelemahan iaitu tidak boleh beroperasi melebih 12 jam. Terdapat penambahbaikan yang telah dilakukan pada projek ini antaranya menambahkan satu lagi kawalan motor agar ia boleh beroperasi selama 24 jam.