NOR ADILA BINTI MOHD NOOR (DR) UiTM CAWANGAN TERENGGANU, KAMPUS DUNGUN
Nutrisi memainkan peranan signifikan dalam perkembangan pertumbuhan fizikal dan mental. Justeru, diet seimbang dan berkhasiat yang membekalkan segala nutrien sangat diperlukan bagi membantu menyokong perkembangan ini. Kajian oleh Zerga, A. A, Tadesse, S.E, Ayele, F.Y, Ayele, S.Z. (2022) mendapati juga kekurangan zat makanan kronik akan memudaratkan prestasi akademik pelajar termasuk juga pelajar di peringkat IPT. Masalah ini merupakan salah satu masalah malnutrisi yang perlu diberi perhatian sewajarnya dan perlu ditangani segera. Justeru itu, objektif kajian ini adalah untuk menghasilkan satu projek inovasi dalam bentuk Inovasi minuman superfunctional food yang mempunyai nutrisi yang seimbang, halal dan kompehensif berasaskan sumber pemakanan semulajadi bersifat terapeutik bagi mengurangkan masalah malnutrisi dan keciciran dalam akademik dalam kalangan pelajar peringkat SEKOLAH dan IPT. Soal selidik telah diedarkan kepada 50 orang pengguna yang telah menguji GREEN SMOOTHIES SFF dan telah dianalisis menggunakan SPSS 24. Hasil maklum balas telah menunjukkan bahawa maklum balas terhadap (GREEN SMOOTHIES SFF) berada pada skala yang tinggi iaitu min 4.27. Ini bermakna GREEN SMOOTHIES mampu untuk mengatasi masalah kekurangan malnutrisi dalam kalangan pelajar di peringkat sekolah dan IPT.