JG80: BAMBOO SHEATH POTS (BSP)

BEATRISYIA CHELA ANAK BONIFACE SK NANGA NIROK NGEMAH

Pelbagai jenis bekas semaian digunakan pada masa kini, tetapi, bekas yang boleh dikomposkan sekaligus menjimatkan tenaga semasa pemindahan anak pokok sukar dijumpai. Oleh itu, bekas semaian yang mesra alam, boleh ditanam terus bersama anak pokok dan terkompos di dalam tanah diperlukan. BSP diperbuat daripada kulit buluh yang telah diproses tanpa menggunakan bahan kimia atau pengikat. BSP telah diuji dari sudut ketahanan struktur, kebolehan terbiodegradasi dan dikompos. Dapatan menunjukkan BSP merupakan bekas semaian yang mesra alam, boleh ditanam terus bersama anak pokok serta boleh terbiodegradasi dan terkompos di dalam tanah tanaman yang mengandungi biokompos dan mikrob, selepas 1 hingga 2 bulan.