Nur Aina Izzati Binti Muhamad Nazri KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI PETANI 2
Rambutan merupakan buah-buahan bermusin yang ada di Malaysia. Buah ini sering dimakan begitu sahaja dan diambil sebagai snek. Penggunaannya dalam industri makanan tidak meluas sekadar dihasilkan jam, namun masih kurang mendapat perhatian pengguna. Walaupun isi rambutan manis, terdapat komponen penting yang dibuang begitu sahaja ketika ianya dimakan. Komponen tersebut ialah bijinya. Jika biji rambutan dimakan begitu sahaja, ianya agak pahit dan kelat. Namun, kami telah memproses biji rambutan dan mengolah bahan tersebut untuk dijadikan produk bernilai tinggi iaitu Macaron. Dengan kandungan protein, lemak dan serat yang baik, ianya mampu menambahbaik nilai pemakanan Macaron sedia ada. Produk ini menggunakan 100% biji rambutan menggantikan penggunaan serbuk badam. RambuSeed Macaron boleh dikomersialkan dengan kualiti nutrisi yang lebih baik dengan harga yang lebih rendah.