AISYA NUR QASMINA BINTI ALI HASSAN SMK TEBAKANG
Buah Asam Payak lebih sinonim lagi disebut sebagai asam kelubi oleh warga Sarawak. Bagi penggemar buah ini , sudah pasti tahu betapa uniknya rasa masam buah ini. Rasa masam ini membuatkan ia kurang mendapat sambutan dari sesetengah pengguna. Memandangkan ia juga mempunyai sifat tidak dapat disimpan dalam tempoh yang lama, produk berasaskan Asam Payak amat kurang dipasaran dan kepelbagaian produknya yang agak terhad. Disebalik itu , Asam Payak adalah buah tempatan yang mempunyai kandungan Vitamin C dan antioksidan yang baik untuk kesihatan badan terutamanya bagi kesihatan dan kecantikan kulit yang kurang diketahui umum. Ia adalah buah tempatan yang agak unik kerana hanya terdapat ditempat tertentu sahaja. Oleh itu,ia ada hasil tempatan yang boleh dibangunkan sebagai satu produk tempatan untuk menjadi sumber ekonomi peniaga tempatan. A.P Sweet & Sour candy adalah produk tempatan mengetengahkan satu produk variasi dari buah Asam Payak. A.P Sweet & Sour Candy adalah sejenis manisan gula - gula dari buah Asam Payak sebagai ramuan utama . Penghasilan A.P Sweet & Sour Candy yang mempunyai rasa masam manis dengan menggunakan bahan tempatan seperti madu, gula apong dan agar-agar akan dapat menvariasikan lagi produk hasil tempatan kita. Ia juga mempunyai kandungan nutrisi yang tinggi dan baik untuk kesihatan seperti Vitamin C , glukosa dan antioksidan yang baik untuk Kesihatan kulit.Ia juga boleh menjadi kegemaran kepada semua lapisan masyarakat dan mampu disimpan lebih lama. Penghasilan produk ini secara tidak langsung akan dapat menjana pendapatan peniaga tempatan dan dapat dipasarkan dlebih jauh. Objektif menghasilkan produk ini adalah untuk memanfaatkan kegunaan Asam Payak sebagai satu inovasi dalam makanan dan dapat dikomersialkan ke pasaran. Ia juga mempelbagaikan rasa dan nutrisi Asam Payak bagi keunikannya dan menjadi lebih tahan lama dan mengandungi zat nutrisi yang baik .