NUR BALQIS ALIYA BINTI MUHD SAIPULNIZAM SK Malim Nawar, Perak
Loofah adalah serat tumbuhan semulajadi yang digunakan dalam pelbagai produk penjagaan diri dan rumah. Span loofah yang diletakkan sekali sabun yang dihasilkan dari minyak masak terpakai mampu menawarkan manfaat mesra alam, mengurangkan sisa buangan, dan lebih selamat untuk kulit serta alam sekitar. Sebagai span pencuci pinggan, produk Love-Fah memberikan pengelupasan lembut dan efektif untuk membersihkan kotoran degil tanpa mencalarkan permukaan. Dalam scrub pencuci muka, ia dapat membantu mengelupaskan sel-sel kulit mati dan membersihkan pori-pori dengan mendalam, memberikan kulit wajah yang bersih dan berseri. Produk inovasi ini menggabungkan keberkesanan pembersihan dan kesedaran kelestarian.