JG181: SUNBURN NATURAL REMOVER

MUHAMMAD RAYYAN ARSYAD BIN MD RAHMAT SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT MUTIARA

iSIIDFCT | Junior Innovator

CR: 0.0000 | Likes | 140 Views | 167 times | LS: 167.0
Like it? | Support them now!

Sunburn adalah reaksi keradangan pada lapisan kulit luar akibat terdedah kepada sinar ultraviolet (UV) secara berlebihan. Berdasarkan kajian, sunburn boleh mengakibatkan penuaan kulit pramatang dan juga kanser kulit. Pakar kulit mengklasifikasikan sunburn kepada tiga tahap iaitu tahap pertama ialah kerosakan pada kulit luar (epidermis). Bagi tahap kedua pula merupakan kerosakan pada bahagian tengah kulit iaitu dermis. Kulit akan mula melepuh iaitu gelembung bendalir pada atas kulit yang akhirnya akan mengakibatkan keradangan. Manakala sunburn tahap ketiga pula merupakan kes yang serius dan memerlukan rawatan kecemasan dengan segara. Ia akan merosakkan semua lapisan kulit seperti kesan terbakar ataupun terkena bahan kimia. Penciptaan “Sunburn Natural Remover” ini bertujuan untuk membantu mengurangkan kesan radangan pada kulit serta membantu merawati kesan daripada sunburn ini melalui campuran ramuan bahan semulajadi untuk dijadikan sebagai krim sapu dan seterusnya boleh bilas seperti pencuci muka. Diantara ramuan semulajadi yang digunakan adalah madu, yogurt asli, tepung beras, serbuk kunyit, timun dan susu. Produk ini sangat mudah untuk dihasilkan kerana kebanyakan ramuannya adalah bahan-bahan yang boleh didapati didapur rumah masing-masing.