YG86: HALWA TIMUN

NURUL ATIKAH SYUHADA BINTI MAT ZUKI KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI PETANI 2

iSIIDFCT | Young Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 7 Views | 63 times | LS: 63.0
Like it? | Support them now!

Inovasi produk halwa timun adalah rentetan daripada isu lambakkan timun tempatan atau nama saintifiknya iaitu Cucumis sativus yang telah dilaporkan oleh akhbar Berita Harian tahun 2023. Menurut laporan tersebut, sebanyak 6 tan metrik secara purata timun tempatan terpaksa dibuang setiap hari kerana kurang mendapat permintaan dan kadar pengeluaran yang berlebihan. Sebagai alternatif mewujudkan kelestarian alam sekitar, inovasi halwa timun telah dihasilkan. Halwa timun dihasilkan menggunakan kaedah penghabluran gula. Seperti kebanyakkan produk halwa di pasaran, halwa timun ini juga dapat memenuhi standard dari aspek tekstur, rasa, rupa, warna yang setanding. Penghasilan produk halwa timun ini mampu memberi saingan kepada produk seumpamanya di pasaran seterusnya dapat mengoptimumkan kegunaan serta dapat mengimbangan dengan kadar pengeluaran yang banyak setiap tahun.