MUHAMED HAIKAL BIN EDDIE HISHAM SMK BUKIT GAMBIR
ABSTRAK PMS ANTI RADIKAL adalah akronim dari perkataan daun pudina,mugwort dan serai. Inovasi ini menggunakan 3 jenis bahan yang terdapat di sekitar tempat kediaman kami. Elemen yang paling menarik dalam inovasi ini adalah kami menggunakan serai yang yang mempunyai banyak vitamin B kompleks, asid folik, niasin, vitamin B1, B2, B6, dan vitamin A dan C. Mugwort mengandungi kandungan klorofil, serat makanan, vitamin dan mineral, vitamin A, B1, B2, C dan mineral besi, kalsium dan fosfonium. Selain itu,daun pudina juga mengandungi protein, lemak, karbohidrat, serat makanan dan pelbagai vitamin, dan juga mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Khasiat yang tinggi di dalam daun pudina,mugwort dan serai merupakan kelebihan dalam pembentukan PMS ANTI RADIKAL yang kami hasilkan merupakan novelty dalam kajian ini. Selain itu, inovasi ini juga menjadikan daun pudina, mugwort dan serai yang sebagai komponen nutrien bagi merawat gigitan serangga, melecur, terseliuh dan pening.Kami menggunakan dapatan ujian makmal daripada kajian-kajian sarjana lain untuk menyokong inovasi ini (Literature Review). Ujian keberkesanan produk Krim melalui borang soal selidik (Social Science methodology) juga yang telah dilakukan. Responden kajian adalah seramai 30 orang individu yang meliputi 15 perempuan dan 15 orang lelaki. Pemilihan responden kajian adalah secara rawak. Dapatan kajian menunjukkan bahawa 95% peratus responden bersetuju dengan impak positif daripada Krim PMS. Analisis data adalah melalui kaedah kuantitatif ringkas, melalui pengiraan mod dan min ringkas terhadap persepsi pengguna melalui borang soal selidik yang telah diedarkan. Hasil maklum balas temubual dengan responden juga amat positif. Ia menjadi justifikasi keberkesanan manfaat inovasi PMS Anti Radikal. Inovasi PMS Anti Radikal ini diharap bukan sahaja dapat meningkatkan pengeluarannya untuk menjadi sumber pendapatan sekolah, malah yang lebih penting, dapat mencetus idea dan kaedah yang berkesan dalam menangani masalah pengu