GH331: PIE TEE SARUNG JAGUNG

JUHAIDA SYAZLIN BINTI JOHARI KOLEJ VOKASIONAL KUALA BERANG

iSIIDFCT | Greenhorn Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 32 Views | 60 times | LS: 60.0
Like it? | Support them now!

Abstract : Pie Tee merupakan sajian nyonya yang seakan-akan sajian popia cina kerana menggunakan inti yang diperbuat daripada sayuran yang diparut seperti sengkuang dan lobak merah.Tetapi,kali ini kami memperolahkan semula produk pie tee dengan menggunakan bahan lain seperti sarung jagung dan inti pula diperbuat daripada buahan dan sayuran yang diparut seperti jagung dan lobak merah untuk menambah lagi kandungan khasiat. Menghasilkan pie tee sarung jagung merupakan idea baru yang boleh menarik minat pelanggan dengan menggunakan sarung jagung. Gabungan pie tee dan sayuran ini merupakan makanan savori yang istimewa,kebiasaanya pie tee ini dapat dijumpai di mana-mana gerai. Makluman juga,jagung antara sumber yang kaya antioksidan antaranya ialah dapat mengurangkan risiko kanser di dalam tubuh.Seterusnya,lobak merah juga mempunyai kandungan vitamin A dan B dapat membantu mengekalkan tahap penglihatan mata pada tahap yang baik.Selain itu,kulit jagung juga memilki kandungan anti-oksidan yang dapat menolong membuat perlindungan jantung dari penyakit kardiovaskular.