UMAMAGESHWARI A/P RAMACHANDRAN SMK TAMAN DESA JAYA
Kecantikan telah menjadi satu aspek yang sangat penting dalam kehidupan seseorang manusia terutamanya di kalangan wanita zaman ini.Pelbagai jenis produk kosmetik telah diciptakan untuk memenuhi kehendak pengguna sebagai produk untuk mencantikkan atau meningkatkan kualiti seri muka. Pada abad ke-21, munculnya idea ‘Lip Balm’ untuk melindungi dan menyuburkan bibir. Pada masa yang sama,melegakan bibir merekah atau kering serta memulihkan kelembapan. Walau bagaimapun, produk-produk sedia ada ini tidak selamat digunakan kerana menyebabkan bibir semakin kering dan rosak kerana tidak menggunakan bahan semula jadi. Oleh itu, timbul idea yang bernama ‘Multi Nature Lip Balms (MNLB)’. Produk ini telah diperbuat daripada bahan semula jadi seperti bunga dan juga terdapat dalam banyak perisa. Produk ini juga selamat digunakan kerana bahannya dari semula jadi . Selain itu , produk ini juga bukan sahaja digunakan untuk bibir malah boleh digunakan sebagai pemerah pipi ( blusher). Pada masa yang sama , produk ini juga mempunyai banyak perisa dari unsur buah-buahan menyebabkan produk ini akan lebih disukai oleh pengguna kerana produknya berunsur dari semula jadi yang boleh digunakan dengan selamat dan juga warna yang terdapat dari produk ini juga bukan buatan malah semula jadi . Di samping itu , sasaran pengguna bagi produk ini ialah terutamanya murid sekolah dan orang tua. Hal ini kerana bibir murid sekolah akan menjadi cepat kering kerana sentiasa melalukan aktiviti yang cergas yang membolehkan banyak habuk dan bibirnya cepat kering. Bagi orang tua pula, semakin menjadi tua, bibir mereka menjadi cepat kering dan juga mereka tidak perlu lagi cari barang untuk melindungi bibirnya kerana produk ini senang digunakan. Kelebihan yang lain bagi produk ini ialah produk ini terlalu murah tetapi sangat berguna dan selamat digunakan .Semoga produk ini akan membantu orang ramai sebagai produk kosmetik mereka.