MUNAWWAR NASHRAN BIN MOHD YAZID SM PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL MERBOK
Masyarakat Melayu lebih gemar menjadikan pegaga sebagai ulam atau masakan kerabu. Sementara di Barat pegaga semakin mendapat perhatian dan dijadikan makanan tambahan atau produk kecantikan seperti syampu dan produk penjagaan wajah. Fungsi pegaga turut diiktiraf Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai herba yang diklasifikasikan sebagai satu spesies tumbuhan paling penting di dunia. Manakala soft cookies merupakan satu makanan kesukaan rakyat malaysia masa kini. Tetapi tidak sesuai dimakan setiap masa kerana mempunyai kandungan gula yang tinggi dan tidak sesuai juga untuk dimakan bagi golongan warga emas. Dengan terhasilnya biskut pegaga ini saya pasti ia akan menjadi pilihan orang ramai kerana khasiatnya dan kelazatannya.