Muhammad Hadi Ihsan Bin Mohamad Najib Kolej Vokasional Ampangan
Gerobok Rezeki atau Food Bank merupakan satu inisiatif untuk menyalurkan bantuan makanan kepada golongan memerlukan. Namun begitu, timbul beberapa masalah berkaitan seperti terdapat pihak yang tidak jujur dan bersikap tamak dalam mengambil bantuan. Oleh itu bagi mengatasi masalah ini, projek Gerobok Rezeki RFID Vending Machine (G-VEM) direka agar penerima yang berdaftar dapat mengambil bantuan dengan mudah tanpa mengira masa. Kad RFID hanya perlu diimbas dan maklumat penerima akan diterima oleh petugas. Maklumat pengambilan akan sampai ke aplikasi telegram petugas dan ini akan memudahkan mereka merekod transaksi pengambilan dengan mudah. G-VEM dapat mengelakkan ketirisan di dalam proses memberi bantuan makanan dan memperkemaskan sistem pengurusan sumbangan makanan. Projek ini menggunakan rekabentuk produk mesin layan diri dan menggunakan kad RFID sebagai medium pengambilan bantuan. Mesej akan sampai ke aplikasi telegram petugas apabila penerima mengambil bantuan dan ianya digunakan untuk tujuan perekodan. Hasil projek ini dapat diperluaskan penggunaannya kepada pihak-pihak yang menjalankan program gerobok rezeki kerana projek ini menyediakan satu sistem untuk memudahkan pengurusan sumbangan makanan.