YG167: E-Komik: MENEROKA KEAJAIBAN SAINS

Afrina Qaisara Binti Anuwar MRSM KUALA BERANG

iSIIDFCT | Young Innovator

CR: 0.0286 | 1 Likes | 35 Views | 66 times | LS: 67.0
Like it? | Support them now!

Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan komik pendidikan dengan pendekatan inovatif dan penggunaan elemen interaktif dapat meningkatkan minat dan penglibatan pelajar dalam pembelajaran secara aktif. Mengambil kira faktor ini, kajian ini bertujuan untuk meneroka strategi inovatif dalam menggunakan komik pendidikan dalam menjadikan pembelajaran lebih menarik kepada pelajar. e-Komik dihasilkan melalui aplikasi Ibispaint, platform kreatif yang membolehkan pencipta komik menggambarkan cerita secara digital dan aplikasi Canva digunakan untuk memudahkan proses penyuntingan imej yang digunakan di dalam e-Komik ini. e-Komik memfokuskan kepada proses pencernaan manusia yang merupakan topik penting dalam subjek Sains. Sebagai sebuah komik pendidikan, karya ini mengetengahkan beberapa ciri, antaranya penggunaan bahasa yang mudah difahami, ilustrasi yang jelas dan menarik, serta penyampaian maklumat yang tepat dan relevan dengan standard kurikulum. e-Komik yang dibangunkan bukan sahaja bertujuan untuk menyampaikan maklumat, tetapi juga untuk membangkitkan minat dan pemahaman mendalam tentang topik sains yang kompleks.