ALEESA SOFEA BINTI NORHILME KOLEJ VOKASIONAL SEPANG
Secara umumnya, kita mengetahui bahawa mangga termasuk buah yang memiliki banyak kandungan seperti serat, vitamin, mineral, dan khasiat lain yang bermanfaat bagi kesihatan manusia. Namun tidak ramai yang tahu akan khasiat kulit mangga yang sudah dikupas selalunya berakhir menjadi sampah.Jika diolah dengan cara yang tepat, kulit mangga dapat memberikan manfaat kesihatan kepada manusia. Menurut kajian, menunjukkan bahawa kulit mangga kaya dengan fiber, vitamin A, C, E, dan B6, mineral kalium dan tembaga, polifenol dan antioksidan karotenoid. Maka dengan itu, peserta mendapat idea untuk menggunakan kulit mangga sebagai bahan masakan yang boleh dinikmati oleh semua lapisan usia samada kanak-kanak sehingga dewasa. Serunding kulit mangga menjadi pilihan kerana kulit mangga yang dikeringkan sesuai untuk dijadikan bahan utama dalam serunding . Serunding yang dimasak kering boleh disimpan dalam jangka masa yang yang panjang. Boleh dinikmati begitu sahaja ataupun dimakan bersama nasi.