MUHAMMAD DARWISY QUSYAIRI BIN NORSHAHRIZAT SEKOLAH KEBANGSAAN PAUH
Pembundaran merupakan topik dalam Matematik yang perlu dikuasai oleh murid sejak tahun 2 lagi. Malangnya, murid sering terkeliru dengan konsep pembundaran tradisional seperti naik bukit turun bukit, nombor kaya nombor miskin, perlu tambah 1 atau tidak. Maka, lahirlah projek inovasi ini, My BundUler atau singkatan bagi bundar guna ruler (pembaris). Menggunakan konsep pembaris, nombor yang berakhir dengan 5 dan berikutnya akan bergerak kearah kanan, manakala nombor yang berakhir kurang dari 5 akan bergerak ke kiri. My BundUler dihasilkan menggunakan aplikasi Mit App Inventor kerana ianya percuma, mudah dan sangat sesuai untuk projek inovasi ini. Terdapat 4 menu utama iaitu ; Nota, Tutorial, Jom Cuba dan Kuiz. Untuk menu Nota, murid dapat mengetahui apa itu My Bunduler, iaitu Bundar guna Ruler. Di bawah menu Tutorial, murid dapat menonton video penerangan supaya lebih jelas lagi. Keistimewaan aplikasi My BundUler adalah kalkulator bundar di bawah menu Jom Cuba, yang mudah untuk digunakan. Murid hanya perlu memasukkan nombor yang ingin dibundarkan dan tekan button bundar mengikut nilai tempat yang diinginkan. Jadi, murid dapat menyemak hasil pembundaran mereka betul atau salah. My BundUler juga dilengkapi dengan Kuiz untuk menguji sejauhmana pemahaman murid. Terdapat 3 level kuiz yang disediakan dengan markah penuh 100%. Murid dapat menilai tahap penguasaan mereka dengan menjawab kuiz yang menarik ini. My BundUler terbukti dapat membantu murid menguasai topik pembundaran dengan mudah dan cepat. Untuk masa hadapan, aplikasi ini akan dipertingkatkan dengan menambah beberapa ciri yang lebih menarik lagi, seperti memperbanyakkan kuiz dalam bentuk permainan, serta menyediakan menu soal jawab untuk sebarang persoalan. Projek inovasi aplikasi android MyBunduler mampu membantu meningkatkan pemahaman topik bundar seterusnya memberikan manfaat besar buat semua.