AMMAR BIN ADZWAN SHUKRI KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI BULOH
Projek Smart Electrode Crushing Machine direka untuk memudahkan pensyarah dan pelajar di Bengkel Teknologi Kimpalan Kolej Vokasional Sungai Buloh dalam mengasingkan salutan elektrod daripada teras dawai dengan cara yang lebih selamat dan efisien. Kaedah manual menggunakan tukul bukan sahaja memakan masa tetapi juga berisiko menyebabkan kecederaan. Mesin ini menawarkan penyelesaian automatik yang mempercepatkan proses dan mengurangkan risiko. Melalui metodologi yang melibatkan reka bentuk kejuruteraan dan ujian kualiti seperti Ujian Penglihatan (VT) dan Ujian Penusukan Cecair (PT), mesin ini terbukti berfungsi dengan baik dan bebas kecacatan. Pengujian keberkesanan menunjukkan penjimatan masa yang signifikan, menjadikan mesin ini alat yang berharga untuk pengurusan elektrod dan mengelakkan pembaziran bahan.