NV439: SewTech Organizer

NORAFIZAH BINTI HARON Kolej Vokasional Sungai Petani 2, Kedah

iSIIDFCT | Novice Innovator

CR: 0.0588 | 1 Likes | 17 Views | 48 times | LS: 49.1
Like it? | Support them now!

SewTech Organizer merupakan beg untuk menyimpan alatan jahitan. Di samping dapat menaiktaraf tempat menyimpan alatan jahitan daripada kotak kepada beg, ianya lebih mudah dibawa dan kelihatan lebih menarik dengan pelbagai ruang untuk menyimpan alatan jahitan dengan lebih kemas dan teratur. Produk ini sangat sesuai bagi semua pelajar yang mengambil kursus jahitan di mana-mana institusi pendidikan. Selain itu, permasalahan pelajar yang kerap tertinggal dan hilang peralatan menjahit dapat dikurangkan kerana produk ini senang dan mudah dibawa. Di samping itu, kos untuk menghasilkannya juga tidak terlalu mahal dan ianya mampu milik. Idea inovasi ini diharapkan dapat memperkenalkan SewTech Organizer dengan lebih meluas di pasaran tempatan dan mendapat tempat di hati pelajar.