ASMA' BINTI MOHD SAAD SEKOLAH RENDAH ISLAM TARBIAH AL-AWLADIAH
Jejak Kata Kerja MyViewboard menggunakan aplikasi MyViewboard untuk menarik minat murid membina ayat secara interaktif. Penggunaan buah dadu dan beberapa ekor burung yang bergerak mewakili peserta yang memasuki permainan Jejak Kata Kerja MyViewboard merupakan pendekatan pembelajaran yang menyeronokkan. Penggunaan teknologi digital seperti aplikasi MyViewboard mewujudkan penciptaan permainan dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam permainan Jejak Kata Kerja MyViewboard peserta perlu menekan dadu untuk mendapatkan nombor bagi mengerakkan seekor burung yang mewakili pemain. Kata kerja yang diperoleh peserta perlu membina ayat dalam masa yang ditetapkan. Pemenang ditentukan melalui kepantasan peserta membina ayat di lembaran kerja yang disediakan dalam aplikasi MyViewboard.