NUHA BINTI AZHAR KOLEJ VOKASIONAL KUALA BERANG
Abstract : Roll Kantan Flower diinspirasikan dari bunga kantan. Kebiasaannya bunga kantan selalu digunakan dalam masakan panas seperti laksa penang, nasi kerabu dan asam pedas. Bunga kantan juga digunakan secara tradisional untuk merawat beberapa penyakit. Terdapat segelintir masyarakat yang tidak suka akan rasa bunga kantan, jadi kami menginovasikan bunga kantan kepada pencuci mulut untuk menarik perhatian masyarakat supaya dapat menerima rasanya. Bunga kantan terdapat beberapa khasiat iaitu dapat menghilangkan bau badan, dapat merawat sakit telinga, dapat merawat luka dan baik untuk kesihatan kulit dan dapat mengawal paras gula. Roll Kantan Flower mengutamakan kepada masyarakat yang tidak gemar akan rasa bunga kantan tersebut. Roll Kantan Flower sesuai dimakan bila-bila masa sahaja dan senang dibawa kemana-mana. Ia juga sesuai untuk dijadikan makanan segera dan dapat mengenyangkan kerana kaya dengan karbohidrat. Roll Kantan Flower boleh dimakan oleh beberapa peringkat umur bermula dari peringkat sekolah rendah hingga warga emas. Objektif inovasi ialah untuk memperkenalkan produk baharu menggunakan bunga kantan dan memastikan masyarakat boleh menerima keunikan rasa ini. Selain itu, mempelbagaikan kegunaan bunga kantan dalam masakan.