REISHA QISTINA BINTI ROSLI KENINGAU VOCATIONAL COLLEGE
Pes ayam likku dihasilkan dengan tujuan untuk mengkomersilkan makanan tradisional kaum Bugis serta memudahkan dan menjimatkan waktu memasak makanan tradisional. Penggunaan lemak buah keras dapat memanjangkan jangka hayat produk. Kajian ini menggunakan kaedah persampelan secara bertujuan, di mana lima orang pensyarah program Seni Kulinari di Kolej Vokasional Keningau telah terlibat dalam proses penilaian produk dan expert tasting dengan menggunakan instrumen kajian borang penilaian. Hasil analisis data kebolehpasaran menunjukkan bahawa 80% responden sangat setuju dan 20% setuju bahawa produk ini berpotensi untuk dipasarkan. Kajian ini tidak hanya memartabatkan makanan tradisional Bugis tetapi juga memperkenalkan kepelbagaian kegunaan lemak buah keras dalam masakan.