NUR 'AINA 'ADILAH BINTI MAZLAN Kolej Vokasional Datuk Seri Abu Zahar Isnin
PLC Generator System adalah untuk memudahkan pengguna mengukur kitaran hayat produk dan membuat penambahbaikan daripada aspek strategi pemasaran pada produk sedia ada. Antara ciri-ciri yang ada pada laman web ini ialah ianya mudah untuk dikendalikan oleh semua peringkat umur, keputusan dapat diperoleh dengan pantas, membantu melaksanakan strategi pemasaran dengan lebih efektif, dapat menjimatkan masa dalam mengenalpasti tahap kitaran hayat produk yang terbahagi kepada empat iaitu peringkat pengenalan, peringkat pertumbuhan, peringkat kematangan dan peringkat kemerosotan. Tujuan pengkaji menghasilkan laman web ini ialah untuk membantu menyelesaikan beberapa masalah yang dihadapi oleh ahli jawatankuasa produk SE KVDSAZI dalam mempromosi produk sedia ada. Skop kajian seperti tempat kajian dilakukan di Kawasan Kolej Vokasional Datuk Seri Abu Zahar Isnin Jasin, Melaka. Kajian ini melibatkan 10 orang responden pensyarah yang terdiri daripada ahli jawatankuasa School Enterprise di setiap program yang dipilih bagi menganalisis kajian yang dikaji. Kaedah ini digunakan adalah kaedah kuantitatif iaitu dengan mengedarkan borang soal selidik kepada 10 orang responden iaitu pensyarah yang bertanggungjawab menguruskan produk SE Kolej Vokasional Datuk Seri Abu Zahar Isnin. Kaedah analisis atau pengumpulan data yang pengkaji gunakan adalah melalui borang soal selidik yang diedarkan menggunakan Google Forms. Kesimpulannya, sepanjang pelaksanaan kajian ini dijalankan, dengan penghasilan PLC Generator System untuk kegunaan ahli jawatankuasa produk School Enterprise di Kolej Vokasional Datuk Seri Abu Zahar Isnin, pengkaji dapat memperoleh beberapa kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang dapat dianalisis.