YG203: MELASTOMA LIPSTICK CANDY

NUR ANIS NAJIHAH BINTI TALIBON KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI PETANI 2

iSIIDFCT | Young Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 7 Views | 55 times | LS: 55.0
Like it? | Support them now!

Melastoma malabathricum L. atau nama tempatannya Senduduk adalah pokok renek yang biasanya ditemui di kawasan semak, tempat terbuang, dan di tepi jalan di seluruh negara Asia Tenggara, termasuk Malaysia. Pokok renek ini telah digunakan sebagai ubat-ubatan tradisional dalam kalangan kaum Melayu, Cina dan India. Senduduk mempunyai buah yang masak bewarna ungu tua, berpulpa manis dan berbiji halus. Buah seperti beri ini kaya dengan sumber flavonoid seperti antosianin. Pemilihan buah senduduk sebagai bahan utama penghasilkan Melastoma Lollipop adalah bagi mengoptimumkan kegunaannya sebagai bahan yang bermanfaat. Lollipop berbentuk gincu adalah sejenis gula-gula yang dipasang pada tiub seperti gincu dan bertujuan untuk dihisap. Inovasi ini dihasilkan adalah untuk memperkenalkan kanak-kanak dan remaja dengan buah senduduk dalam bentuk gula-gula yang menarik. Pengujian fizikal sensori menggunakan skala 9 Points Hedonic Scale menunjukkan keputusan skor min yang boleh diterima iaitu di antara 8.4 hingga 8.9 bagi warna, rasa, aroma, tekstur dan bentuk. Keputusan ujian ini menunjukkan Melastoma Lollipop secara tidak langsung telah dipersetujui dan diterima sebagai satu produk makanan gula-gula. Penghasilan produk ini telah membuka mata ramai pihak berdasarkan respon yang didapati begitu memuaskan dan berpotensi dikomersialkan sebagai produk makanan yang berkualiti.