NUR DAMIA HUSNA BINTI ZAIDI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SENTOSA
Kerabu kulit tembikai adalah inovasi dari kulit tembikai yang kebiasaannya kita buang setelah mengambil isi tembikai. Apabila kita menyebut tentang kitar semula, kebiasaannya yang terlintas difikiran kita adalah bahan-bahan seperti botol plastik, kotak, kertas, tayar dan lain-lain untuk dikitar semula. Tetapi kita terlupa bahagian lain yang terdapat pada buah-buahan yang boleh dikitar semula iaitu kulit buah-buahan selain boleh dijadikan baja kompos, ianya juga boleh diolah menjadi makanan lain. Kulit tembikai ini turut mengandungi vitamin C dan Vitamin B6 yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah rambut gugur. Kesimpulannya kerabu kulit tembikai ini mampu menjadi makanan sampingan lain yang berkhasiat apabila kita membeli buah tembikai.