NV118: MAE-G-TION

WAN ANISA HANIM BINTI MOHD NASIR@AZMAN PEJABAT KESIHATAN PERGIGIAN DAERAH KOTA BHARU

iSIIDFCT | Novice Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 21 Views | 99 times | LS: 99.0
Like it? | Support them now!

MAE-G-TION adalah mesin penyedut mudah alih yang ditambah baik dari sudut fungsi, pengendalian dan lebih ergonomik berbanding produk sedia ada di pasaran yang bertujuan untuk meningkatkan kepuasan pelanggan dan menjamin keselamatan serta kesihatan pekerja. Justeru, projek ini juga dapat meningkatkan kadar keberhasilan rawatan pergigian dalam kalangan pelajar sekolah. Objektif yang ingin dicapai oleh kumpulan inovasi Kota Bharu adalah untuk meningkatkan kadar keberhasilan pengapan fisur dengan mencipta alat mesin sedutan mudah alih yang ditambahbaik dengan mengambil kira faktor penjimatan masa rawatan, penjimatan kos produk, peningkatan produktiviti dan peningkatan hasil. Inovasi produk ini ingin memenuhi keperluan unit yang mempunyai ciri-ciri peningkatan kuasa sedutan, kos yang rendah, mudah alih, meringankan bebanan kerja dan menjimatkan masa berbanding unit yang sedia ada. Selain dari sektor pergigian, MAE-G-TION juga berpotensi untuk menebus pasaran agrikultur dengan dijadikan pam penyedut dan pengumpulan madu kelulut.